Notis Privasi
Notis ini menerangkan cara Sogedegang Vending Solutions (No. Pendaftaran 202603183069 (JM1046753-M)) menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan melalui laman ini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Maklumat yang kami kumpul
- Melalui borang hubungi: nama, nama syarikat atau premis, emel, nombor telefon, lokasi premis dan mesej anda.
- Melalui WhatsApp atau emel: maklumat yang anda sendiri hantar kepada kami.
Tujuan
- Membalas pertanyaan anda.
- Menilai kesesuaian lokasi untuk penempatan mesin, atau produk yang ditawarkan.
- Urusan kerjasama yang berkaitan dengan pertanyaan anda.
Kami tidak menjual maklumat anda dan tidak menggunakannya untuk pemasaran tanpa kebenaran anda.
Penyimpanan
Laman ini tidak menyimpan maklumat borang dalam pangkalan data. Setiap pertanyaan dihantar sebagai emel ke peti mel syarikat dan disimpan di sana selagi diperlukan untuk urusan berkaitan.
Pihak ketiga
- Cloudflare: pengehosan laman, penghantaran emel dan Turnstile (pengesahan anti-bot).
- Google: perkhidmatan peti mel syarikat.
Laman ini tidak menggunakan kuki penjejakan atau iklan. Turnstile mungkin memproses maklumat teknikal pelayar anda untuk mengesan bot.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk mengakses, membetulkan atau memadam maklumat anda dengan menghubungi admin@sogedegang.com.
Kemas kini terakhir: 15 November 2026